Search

Pancing Belut di Sawah Padi | Mat Salleh Cari Makan

  • Share this:

Mat Salleh Cari Makan kini kembali dengan episod terbaru di mana Rhys William dan rakan youtuber Abang Gan dari @PanduLaju.com.my singgah ke Kuala Selangor untuk mencari makanan tengahari yang terbaik di sini iaitu Sup Belut.

Sebelum meneruskan perjalanan untuk makan tengahari, Rhys dan Abang Gan sempat singgah ke salah satu sawah bendang untuk belajar cara-cara untuk menangkap belut. Memancing belut bukanlah senang seperti yang disangka. Walaupun tidak susah tetapi ia memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi dalam memancing nya.

Belut merupakan sejenis ikan yang mempunyai badan yang panjang. Seperti ikan-ikan yang lain, terdapat pelbagai menu pilihan masakan yan boleh dimasak menggunakan belut. Sup belut merupakan salah satu hidangan masakan yang paling digemari di sini kerana mempunyai khasiat nya tersendiri. Dikatakan khasiat belut dapat menyembuhkan luka pembedahan dan mampu mengubati penyakit lelah.

Kepada anda semua di luar sana yang akan merentas negeri untuk jalan-jalan cari makan, pastikan anda semua sentiasa mematuhi SOP memakai mask, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau memakai “hand sanitizer”. Jangan lupa untuk singgah ke Restoran De Lesung Sup Belut dan merasai sendiri kemanisan sup belut air tangan Abang Nasir.

📍Lokasi » De Lesung Sup Belut
Jalan Haji Kamaruddin, Kampung Sungai Burong, 45500 Tanjong Karang, Selangor
https://goo.gl/maps/PRXFWfTXHdxyChhp8

☎️ 018-2654476 » Encik Nasir

⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 3.30 petang hingga 8.00 malam

korang boleh tengok video full review kereta Volkswagen Tiguan ni dekat » https://www.youtube.com/watch?v=AVVDUVfd_Yg&t=34s


Tags:

About author
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum. Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada s
View all posts